♥ "Yaumul Jumuah''
Thursday, December 29, 2011 | 9:11 PM | 0 cutest
salam jumaat to all blogger ^__^
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah s.w.t."
(Imam Al-Ghazzali)
30.12.2011 hari terakhir sebelum memasuki tahun baru,bersamaan dengan hari jumaat yang terakhir dalam tahun ini.kaum-kaum adam yg muslimin seharusnya wajib menunaikan sembahyang jumaat.solat itu wajib dan berdosa jika kita meninggalkan suruhanNya .:)
"Yaumul Jumuah'' merupakan penghulu segala hari. Beberapa perkara disunatkan untuk dilakukan pada hari yang sungguh mulia ini. Ibn Masud berkata, "Mereka yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia daripada segala penyakit dan memberikannya keselamatan." Selain daripada disunatkan memotong kuku, kita juga disunatkan memakai pakaian baru, bersih dan bewarna putih.
Hari Jumaat yang mulia ini juga, kita disuruh untuk perbanyakkan selawat keatas nabi, sabda Nabi "Banyakkanlah berselawat keatasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (Hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat."
Seperti yang sedia maklum, setiap kali menjelangnya Hari Jumaat, Kaum Adam akan pergi ke masjid mahupun surau untuk menunaikan Solat Jumaat. Sabda Nabi, "Barangsiapa yang dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah, apahala seratus orang yang mati syahid. Dan barangsiapa yang meninggalkan sembahnyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah mengecap hatinya." Dari segi perjalanan menuju ke masjid, disunatkan mengambil jalan yang jauh untuk perjalanan pergi dan jalan yang lebih dekat apabila pulang [Imam Al- Ghazzali].
Amalan bersedekah juga digalakkan pada Hari Jumaat yang mulia ini. Memanglah amalan ini tidak wajar dihadkan pada hari ini sahaja, namun marilah kita melatih diri untuk rajin bersedekah di Hari Jumaat. Bagi Kaum Adam, kesempatan berada di masjid untuk menunaikan Solat Jumaat boleh dimanfaatkan dengan bersedekah. Selain itu, saat diantara dua khutbah yakni sebelum menunaikan Solat Jumaat merupakan antara waktu paling mustajab untuk berdoa.Berikut sedikit sebanyak tentang kemuliaan hari jumaat.semoga kita semua mendapat barakahNya..amin...




